suria

Janji Kerajaan Negeri Bakar Semangat Pemain Terengganu

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang menjanjikan hadiah melancong ke Eropah sekiranya berjaya menjadi juara barganda dalam perlawanan akhir Piala FA dan Liga Super musim ini.

Naib Yang Dipertuanya Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff berkata janji yang diberikan oleh kerajaan negeri itu merupakan satu janji yang akan membakar semangat pemain-pemain untuk merealisasikan hasrat tersebut.

"Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri, kita akan berusaha untuk mencapat hasrat kerajaan dan rakyat Terengganu itu," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam berkata pemain bola sepak Terengganu akan menerima hadiah lawatan ke Eropah jika berjaya menjadi juara Piala FA dan Liga Super musim ini daripada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut perkara itu Sheikh Tajudin yang juga selaku penolong pengurus pasukan bagaimanapun mengingatkan pemain-pemian jangan leka dengan janji-janji itu, sebelum perjuangan berakhir.

Pertandingan akhir Piala FA dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 11 Jun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain