FIFA Gantung Mohamed Hammam dan Naib Presiden Jack Warner - Sukan | mStar

FIFA Gantung Mohamed Hammam dan Naib Presiden Jack Warner

FIFA, badan bolasepak dunia yang dilanda skandal rasuah telah terjebak dalam satu lagi isu hangat apabila ia mengantung Presiden Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) Mohamed Bin Hammam atas dakwaan korupsi.

Pada masa yang sama, Presiden Fifa, Sepp Blatter, telah dibebaskan daripada sebarang dakwaan dan kini dibenarkan untuk bertanding mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pucuk pimpinan badan itu minggu ini.

Dengan keputusan itu, Mohamed Hammam, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Qatar telah menarik diri daripada mencabar Blatter sebagai presiden Fifa.

Keputusan untuk mengantung keahlian Mohamed Hammam dilakukan oleh Jawatankuasa Etika Fifa yang bersidang semalam.

Seorang lagi tokoh penting dalam Fifa yang turut dikenakan tindakan gantung ialah Jack Warner, iaitu naib presiden badan dunia itu.

Warner sebelum ini telahpun terbabit dalam kontroversi pemilihan tuan tumah kejohanan Piala Dunia 2018 di mana dia yang pada mulanya berjanji untuk memberi undi kepada England telah beralih kem dan memberikan undi kepada Rusia.

Warner berasal dari Trinidad & Tobago dan merupakan tokoh paling lama berkhidmat sebagai naib presiden.

Dia dikatakan terlibat dalam memberi wang kepada delegasi dari Caribbean sewaktu kempen pemilihan tuan rumah Piala Dunia.

Blatter, yang turut dikaitkan dengan rasuah dan korupsi telah berhadapan dengan cabaran yang paling sengit dalam sejarah pemilihan pucuk pimpinan badan dunia itu.

Tetapi kini, nampaknya beliau boleh tersenyum lebar menjelang Rabu ini apabila akan dinobatkan sebagai presiden tanpa dicabar untuk tempoh empat tahun lagi.

Kedua-dua Hammam dan Warner telah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan proses siasatan sehingga membawa kepada pengantungan mereka dari Fifa.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain