suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Singkirkan Real Madrid Untuk Ke Final

LONDON: Barcelona menepati ramalan apabila layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, awal pagi Rabu.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Real bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian. Ini bermakna Barcelona akan bertandang ke final di Stadium Wembley, England, 28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United atau Schalke 04' yang ditentukan esok.

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2-0. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain