suria

MYA Henti Hantar Atlet Kerana Masalah Kewangan

LANGKAWI: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) terpaksa menghenti menghantar atletnya untuk menyertai kejohanan di dalam atau luar negara berikutan masalah kewangan.

Pengurus Besar MYA, Mohd Afendy Abdullah berkata MYA menanggung hutang semasa menganjurkan Kejohanan Perahu Layar Dunia IODA 2010 di sini yang disertai lebih 50 negara pada Disember tahun lepas.

"Kebanyakan peruntukan telah digunakan bagi menaik taraf kemudahan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini.

Selain itu kemudahan dan peralatan yang dibeli bagi kegunaan pelayar negara membabitkan peruntukan yang besar," katanya.

Sehubungan itu MYA berharap Majlis Sukan Negara dapat mempercepatkan bayaran yang tertunggak sejak tahun 2008 serta geran bantuan setengah tahun bagi tahun ini.

"Jika bantuan ini lambat disalurkan, pelayar negara tidak dapat mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan kelayakan ke Olimpik. Keadaan amat terdesak dan kesuntukan masa untuk membuat pendaftaran (bagi menyertai kejohanan kelayakan)," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain