Persatuan Olahraga Sabah Jamin Dapat CF Sementara Kompleks Sukan Ranau - Sukan | mStar

Persatuan Olahraga Sabah Jamin Dapat CF Sementara Kompleks Sukan Ranau

KUALA LUMPUR: Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sabah (POANS) memberi jaminan bahawa Sijil Layak Menduduki (CF) sementara bagi Kompleks Sukan Ranau akan diluluskan oleh Majlis Daerah Ranau (MDR) dalam masa terdekat ini.

Presidennya Paiman Abdul Karim berkata beliau telah berbincang dengan MDR dan pihak berkuasa tempatan itu tidak mempunyai halangan untuk meluluskan permohonan CF itu.

"Dengan kelulusan itu, atlet olahraga negara boleh memulakan latihan di kompleks itu pada awal Mei ini sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini," katanya.

Sebagai syarat mendapatkan CF sementara, POANS telah menyediakan sebuah alat jana kuasa sementara dan sebuah lori tangki bagi menyediakan bekalan elektrik dan air kepada atlet yang berlatih di kompleks itu buat sementara waktu, katanya.

Paiman berkata kerajaan Sabah juga bersetuju untuk menyumbang peruntukan bagi membeli peralatan gimnasium dengan kos anggaran antara RM2 hingga RM3 juta.

Sebelum ini, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mengambil keputusan menjadikan kompleks itu sebagai lokasi latihan persiapan 15 atlet yang akan menyertai Sukan SEA 2011.

Bagaimanapun, Lembaga Sukan Negeri Sabah melaporkan bahawa kompleks itu belum dilengkapi kemudahan bekalan elektrik dan air yang tetap berikutan pembinaan kompleks itu dijangka siap sepenuhnya April ini.

Kompleks itu mula dibina pada 2007. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pelayar Malaysia Tonjol Prestasi Cemerlang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain