suria

Heidfeld Antara Calon Berpotensi Ganti Kubica

PEMANDU Jerman berpengalaman, Nick Heidfeld (gambar) antara calon pilihan untuk mengganti tempat Robert Kubica dari pasukan Renault yang cedera parah akibat kemalangan, menurut pengurus pasukan itu, Eric Boullier pada Khamis.

"Nick berada di sini kerana kami menilai prestasinya. Selepas kami selesai membuat penilaian, jika kami berpuas hati, baru kami akan mendapatkan khidmatnya. Jika tidak, kami akan ke Barcelona dan mencari pemandu lain," kata Boullier ketika ujian pra musim kedua di Litar Jerez.

Heidfeld yang meninggalkan Sauber tahun lalu tidak pernah memenangi sebarang perlumbaan dalam 172 perlumbaan tetapi pemandu berusia 33 tahun itu pernah menduduki tempat kedua sebanyak lapan kali ketika memulakan kariernya bersama Prost Peugeot pada 2000.

Hanya seorang pemandu dalam sejarah Formula Satu (F1), Andrea De Cesaris yang memulakan banyak perlumbaan tanpa menaiki podium.

Heidfeld akan menjalani sesi ujian pra musim hujung minggu ini bersama pemandu simpanan Renault, Bruno Senna dari Brazil.

Pemandu Itali, Vitantonio Liuzzi dan Pedro de la Rosa dari Sepanyol antara calon yang turut diintai Renault.

Artikel Berikut

Bendtner Mungkin Tinggalkan Arsenal

Artikel Lain