suria

Chelsea Menang Mudah Ke Atas Spartak

Anelka menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-43.
Anelka menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-43.
Anelka menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-43.

REMBATAN kencang Yuri Zhirkov dan penyudah sempurna dari Nicolas Anelka membantu Chelsea menundukkan Spartak Moscow 2-0 di Stadium Luzhniki dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah peringkat Kumpulan F.

Walaupun Petr Cech melakukan tangkapan kemas dalam usaha menyelamatkan gawang daripada dibolosi Ibson menerusi lontaran jarak jauhnya, The Blues sentiasa menerima tentangan sengit ketika berkunjung ke Rusia.

Dengan kutipan sembilan mata daripada tiga perlawanan terdahulu, kemaraan ke peringkat seterusnya hampir menjadi kenyataan buat pasukan kendalian Carlo Ancelotti.

Chelsea kehilangan Ramires akibat kecederaan buku lali pada hujung minggu lalu dan memberi peluang kepada Zhirkov untuk beraksi.

Ketiadaan Drogba pula diraikan dengan kehadiran semula Salomon Kalou yang baru pulih daripada kecederaan.

Spartak turut beraksi tanpa kelibat perancang Alex tetapi pengurus Valeri Karpin menurunkan Aiden McGeady dan Welliton dalam skuad utama.

The Blues kembali ke venue final Liga Juara-Juara Eropah 2008 yang menyaksikan pasukan itu tewas kepada Manchester United.

Bagaimanapun, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan kehadiran 80,000 penonton ternyata tidak membawa tuah buat Spartak kali ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain