suria

Terengganu Sedia Hadapi Sukma, Piala Emas

KUALA TERENGGANU: Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) akan menganjurkan kejohanan bawah umur 19 tahun dan Piala Menteri Besar untuk memilih barisan pemain bagi menghadapi Sukan Malaysia 2012 dan Piala Emas Khir Johari tahun depan.

Presidennya Mohd Shapian Ali berkata kedua-dua kejohanan itu merupakan penutup tirai aktiviti PSTNT tahun ini.

Mengulas kejohanan bawah umur 19 tahun, beliau berkata kejohanan itu terbuka kepada sekolah-sekolah dan juga para belia di negeri itu, akhir Oktober ini.

Pertandingan Piala Menteri Besar, yang akan diadakan awal November dan terbuka kepada kelab-kelab naungan PSTNT, katanya bertujuan mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili pasukan negeri ke kejohanan berkenaan.

Mohd Shapian berkata Terengganu kini mempunyai jurulatih import berasal dari Thailand, Vitaya Boonta dan yakin peluang Terengganu untuk mempertahankan pingat emas Sukma adalah cerah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain