suria

Murray Mula Bergaya Di Cincinnati Masters

Murray berada pada tahap terbaik selepas menjuarai Toronto Masters, Ahad lalu.
Murray berada pada tahap terbaik selepas menjuarai Toronto Masters, Ahad lalu.
Murray berada pada tahap terbaik selepas menjuarai Toronto Masters, Ahad lalu.

ANDY Murray memulakan kempen pertamanya pada kejohanan Cincinnati Master dengan mencatatkan kemenangan 6-3, 6-7(3), 6-2 ke atas Jeremy Chardy dari Perancis.

Pemain dari Britain itu yang kembali beraksi selepas menundukkan Roger Federer pada final Toronto Masters, Ahad lalu bermula cemerlang ke atas Chardy.

Chardy dilihat memberi laluan mudah kepada pemain ranking keempat dunia itu dalam set pertama. Dia cuba memberi tekanan kepada Murray tetapi melakukan banyak kesilapan.

Murray terus melakukan pukulan agresif pada set kedua manakala Chardy dilihat kurang konsisten dalam mengatur pergerakannya.

Chardy cuba bangkit ketika kedudukan 7-3 tetapi ianya sudah terlambat apabila Murray menyempurnakan dua mata penting sebelum memenangi pertemuan itu.

"Anda tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang di sini. Gelanggang di sini amat berbeza berbanding di Toronto. Bola bergerak dengan begitu pantas."

"Apabila anda berdepan situasi itu, anda sukar untuk melakukan pukulan dengan baik. Namun saya terpaksa berusaha keras pada set ketiga dan bermain dengan lebih baik," kata Murray.

Murray akan bertemu Ernests Gulbis dari Latvia yang menewaskan Jurgen Melzer 6-7(8), 6-3, 7-6(5) dalam perlawanan terdahulu pada pusingan ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Lain