suria

Anelka Digantung 18 Perlawanan

PENYERANG sensasi Nicolas Anelka (gambar) digantung 18 perlawanan kerana melakukan pemberontakan dalam skuad Perancis pada aksi Piala Dunia, Jun lalu yang boleh menyebabkan dia bakal menamatkan kariernya di pentas antarabangsa.

Anelka, 31, diperintah meninggalkan skuad Perancis di Afrika Selatan kerana menghamburkan kata-kata kesat kepada Pengurus Raymond Domenech ketika tewas 0-2 kepada Mexico di Polokwane, penampilannya yang ke-69 di peringkat antarabangsa.

Tempoh penggantungan yang ditetapkan jawatankuasa disiplin Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) memberi gambaran awal bahawa bintang Chelsea tidak lagi berpeluang menyarung jersi bola sepak negaranya.

Kegagalan Anelka yang menjaringkan 14 gol untuk Perancis menghadirkan diri di Mahkamah ketika sesi hujahan turut membuktikan dia akur dengan keputusan FFF.

"Kami mahu hukuman terhadap Anelka menjadi contoh kepada pemain lain," kata Presiden Jawatankuasa Disiplin, Jean Mazzella.

Anelka antara lima pemain yang terlibat dalam sesi hujahan tetapi hanya dia yang menerima hukuman berat.

Kapten Perancis, Patrice Evra turut digantung lima perlawanan kerana mengetuai boikot ketika sesi latihan berhubung penggantungan Anelka.

FFF turut digantung tiga perlawanan dan Jeremy Toulalan, satu perlawanan. Sementara itu, Eric Abidal terlepas daripada sebarang hukuman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain