suria

Manchester United Menang Bergaya

Aksi Berbatov (kiri) sebelum menjaringkan gol pertama United pada perlawanan menentang Newcastle United di Old Trafford, Selasa.

OLD TRAFFORD: Pasukan Manchester United memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya apabila menundukkan Newcastle United 3-0, di Old Trafford, Selasa.

Anak buah Sir Alex Ferguson membuka jaringan awal pada minit ke-33 dengan penyudah yang baik oleh Dimitar Berbatov hasil daripada hantaran Paul Scholes.

Darren Fletcher pula mengukir nama menjadi penjaring kedua United pada minit ke-41 sebelum tamat separuh masa pertama.

Saat cemerlang United berterusan apabila pemain gantian, Ryan Giggs menambah gol terakhir United lima minit sebelum wisel penamat berbunyi.

Biarpun teruja dengan kemenangan pembukaan ini, ia bukanlah saat gembira bagi penyerang utama pasukan, Wayne Rooney yang sehingga kini masih mencari rentak untuk menjaringkan gol sekali gus menjadikan Rooney ketandusan gol dalam 13 perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Artikel Berikut

Artikel Lain