suria

Carrick Mahu Rawat Duka Lama

PEMAIN tengah Manchester United, Michael Carrick (gambar) berazam untuk menebus kekecewaannya sepanjang 12 bulan lalu.

Carrick kini tersenarai dalam skuad utama United ketika bertemu Newcastle pada aksi pembukaan kedua-dua pasukan di Old Trafford, awal pagi nanti.

Dia menyedari tekanan kini membebani pasukan itu terutamanya selepas melepaskan mahkota juara yang dimenangi sebelum ini jatuh di tangan Chelsea.

Pemain berusia 29 tahun itu turut beraksi hambar ketika mewakili England pada aksi Piala Dunia, Jun lalu.

"Musim lalu amat mengecewakan dan saya mengharungi detik-detik sukar. Namun ia adalah musim kelima saya dan ketika itu saya memperoleh seberapa banyak pengalaman. Apabila anda gagal memenuhi impian anda, ia amat menyaksikan," katanya.

Menurut Carrikck, dia terlalu dahagakan kejayaan sama seperti pertama kali menjejak kaki di Old Trafford.

Kebiasaannya, Sir Alex Ferguson mempunyai beberapa pilihan penyerang seperti Wayne Rooney, Michael Owen, Dimitar Berbatov dan pemain baru, Javier Hernandez untuk memperkukuhkan jentera serangan.

Carrick terpaksa bersaing dengan Paul Scholes, Darren Fletcher dan bintang meningkat naik, Darron Gibson dan Tom Cleverley dalam mengisi barisan tengah musim ini.

Dia yang dilihat akan kekal menyarung jersi Red Devils selepas dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain pada musim panas ini tidak sabar untuk diturunkan menentang Newcastle awal pagi nanti.

"Newcastle akan beraksi dengan cemerlang. Mereka kembali semula ke aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pertarungan bermula dengan pertemuan di sini," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain