suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bellamy Semakin Hampir Sertai Cardiff

CARDIFF dilaporkan semakin hampir untuk menyempurnakan perpindahan penyerang Manchester City, Craig Bellamy (gambar).

Kelab Divisyen Dua itu sentiasa dikaitkan berminat membawa masuk kapten Wales yang sudah tidak mendapat tempat dalam hati Pengurus City, Roberto Mancini di Eastlands.

Bagaimanapun Cardiff belum mengesahkan perjanjian telah dipersetujui dengan Bellamy tetapi penyerang berusia 31 tahun itu akan menyempurnakan perpindahan secara pinjaman, Isnin, lapor PA Sport.

"Memandangkan beberapa kelab dikaitkan berminat terhadap Bellamy, kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada kelab itu. Namun pada peringkat ini, ia hanyalah spekulasi.

"Dikaitkan dengan pemain berkaliber membuktikan kami mampu pergi lebih jauh. Sudah semestinya kami mahu ia benar-benar terjadi tetapi dakwaan itu hanyalah khabar angin semata-mata," kata jurucakap Cardiff kepada PA Sport.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain