suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Negara Diundang Sertai Kejohanan Tenis Remaja Langkawi

LANGKAWI: Sebanyak 12 negara diundang menyertai Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi Geopark 2010 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Langkawi di sini Disember ini.

Pengurus Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Megat Sharul Azman Abas berkata antaranya ialah Korea, Uzbekistan, United Kingdom, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Jemputan buat negara berkenaan sedang diurus oleh Persatuan Lawn Tenis Langkawi (PLTL) sebagai penganjur kejohanan itu yang akan berlangsung mulai 10 hingga 14 Disember depan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola kejohanan itu di Kompleks Lada di sini, Rabu.

Beliau yang juga pegawai penyelaras kejohanan itu menjangka penyertaan kira-kira 200 pemain dari dalam dan luar negeri.

Katanya kejohanan anjuran PLTL dengan kerjasama Persatuan Lawn Tenis Kedah, Lada, Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Langkawi itu menampilkan kategori umur bawah 10, 12, 14 dan 16 tahun bagi acara perseorangan serta beregu lelaki dan wanita. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain