suria

Kecederaan Nasri Tambah Derita Arsenal

Nasri akan berehat selama sebulan.
Nasri akan berehat selama sebulan.
Nasri akan berehat selama sebulan.

ARSENAL terus dihimpit masalah kecederaan apabila pemain tengah Samir Nasri terpaksa diketepikan selama sebulan akibat kecederaan lutut.

The Gunners memulakan aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool, Ahad lalu dengan keputusan 1-1 menerusi gol sendiri yang ditampan masuk oleh penjaga gol The Reds, Jose Reina.

Dalam kenyataan yang dikeluar Arsenal, Nasri dilaporkan akan melakukan pembedahan kecil di bahagian lututnya yang diperoleh ketika menentang Liverpool, Ahad lalu. Nasri turut terlepas lima perlawanan akan datang.

Kapten Cesc Fabregas yang terlepas kunjungan ke Anfield akibat kurang sihat akan kembali memperkuat Arsenal ketika menentang Blackpool di Stadium Emirates, Sabtu ini.

Namun, Alex Song masih menanggung kecederaan betis, Denilson bergelut dengan masalah abdomen, Aaron Ramsey dalam proses memulihkan kecederaan serius di kakinya dan Jack Wilshere hanya akan kembali minggu ini.

Wenger bagaimanapun tidak resah mengenai pemain di bahagian pertahanan.

Pemain baru Arsenal, Laurent Koscielny akan menjalani hukuman gantung perlawanan selepas diperintah keluar padang kerana dilayangkan kad merah di Anfield.

Artikel Sebelum

Artikel Lain