suria

Real Madrid Sah Ikat Mesut Ozil

Ozil meninggalkan kelab lamanya, Werder Bremen bagi menyertai Real Madrid musim baru ini.
Ozil meninggalkan kelab lamanya, Werder Bremen bagi menyertai Real Madrid musim baru ini.
Ozil meninggalkan kelab lamanya, Werder Bremen bagi menyertai Real Madrid musim baru ini.

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho berjaya mengikat bintang muda Piala Dunia Jerman, Mesut Ozil dari Werder Bremen bagi musim baru ini.

Ozil,21, antara pemain muda yang paling menyerlah malah turut memainkan peranan membawa pasukan negaranya mara ke separuh akhir turut mengikut jejak rakannya, Sami Khedira untuk beraksi di Bernabeu.

Namun jumlah perpindahannya ke Real tidak dijelaskan secara terperinci.

Ozil yang menyertai Bremen pada Januari 2008 dari Schalke 04 berjaya menjaringkan 12 gol dalam 71 perlawanan Bundesliga, dijangka bakal melakukan pemeriksaan kesihatan di Madrid, Rabu.

Kelab gergasi Sepanyol itu sebelum ini turut mengikat beberapa bintang lain seperti Angel Di Maria,Pedro Leon, Sergio Canales dan Ricardo Carvalho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain