suria

Murray Pertahan Kejuaraan Piala Rogers

Murray berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali kedua berturut-turut.
Murray berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali kedua berturut-turut.
Murray berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali kedua berturut-turut.

ANDY Murray melepasi perlawanan final Piala Rogers di Toronto, Kanada yang terjejas akibat hujan dengan menewaskan Roger Federer 7-5,7-5 sekaligus mempertahankan kejuaraannya.

Federer bermula cemerlang menerusi dua perlawanan terdahulu ketika menewaskan Novak Djokovic dan Tomas Berdych tetapi gagal mengekang kebangkitan Murray.

Selepas tiga permainan, Murray mempunyai kelebihan double-break dan bekas pemain nombor satu dunia itu kelihatan buntu dalam membaca strategi lawannya itu.

Begitupun Federer berjaya mengikat kedudukan 5-5. Namun Murray memanfaatkan pukulan kencang Federer melepasi net dan meletakkan kedudukan 7-5.

Kedua-dua pemain kelihatan berusaha keras pada set kedua sebelum perlawanan ditangguhkan seketika akibat hujan.

Selepas perlawanan tertangguh selama sejam, Federer bangkit mempamerkan permainan terbaiknya tetapi Murray berjaya membaca strategi permainannya.

Pemain dari Britain itu tidak mengambil masa terlalu lama apabila melakukan pukulan kencang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain