suria

ISN Tubuh Skuad Khas Bantu Skuad Liga Super

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) akan membentuk sebuah pasukan khas bagi memantau setiap perlawanan bola sepak Liga Super pada musim hadapan.

Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata unit itu akan mengkaji pengaturan dan pengurusan perlawanan bagi semua pasukan yang bersaingan dalam liga itu.

"Hasil daripada kajian itu akan diserahkan kepada pihak Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk diguna pakai oleh badan induk sukan bola sepak itu," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata kaedah yang digunakan adalah dengan cara merakam setiap perlawanan dengan mengunakan kamera video yang diletakan pada setiap penjuru padang.

"Hasil rakaman akan diproses mengunakan perisian khas dan ianya mempunyai keupayaan untuk menilai sesuatu perlawanan," katanya.

Ramlan berkata dengan kaedah sains sukan itu jurulatih dapat menilai dan melihat secara teliti apa yang berlaku di padang.

Kaedah itu diguna oleh pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lepas dan ia membantu pasukan negara meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos 2009. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain