suria

Henry Gantung But Dalam Skuad Perancis

Henry (dua dari kanan) memperkenalkan jersinya selepas sidang media sebaik saja dia menyertai New York Red Bulls di Red Bull Arena, Harrison, New Jersey, semalam.

PENYERANG Perancis Thierry Henry mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa sekaligus menamatkan karier yang menyaksikannya memenangi hampir kesemua trofi penting dalam perlawanan itu.

Henry mengesahkan persaraan itu selepas meninggalkan Barcelona untuk memulakan karier baru di Amerika Syarikat dengan menyarung jersi New York Red Bulls dalam saingan Major League Soccer.

Pemain berusia 32 tahun itu melakukan 123 penampilan untuk Les Bleus dan menjaringkan 51 gol.

Penampilan terakhirnya adalah ketika diturunkan selaku pemain simpanan pada aksi Piala Dunia di Afrika Selatan bulan lalu.

"Saya memutuskan untuk bersara sebelum Piala Dunia. Namun saya tidak mahu membuat pengumuman itu sebelum perlawanan itu," katanya dalam kompleks Red Bulls di bandar New York.

Walaupun bersetuju untuk meneruskan komitmen di peringkat kelab untuk tempoh empat tahun, dia tidak akan mengubah keputusannya terhadap tugas antarabangsa.

"Saya mahu berada di sini dan bekerja keras untuk pasukan. Apabila saya diarahkan oleh pengurus untuk berlatih, saya akan berlatih. Apabila dia mahu saya berehat, saya akan berehat," tambahnya.

Artikel Lain