suria

England Masih Mentah: Beckenbauer

BEKAS pemain pertahanan Jerman, Franz Beckenbauer percaya England masih jauh ketinggalan di bawah pimpinan Pengurus Fabio Capello.

Beckenbauer yang mengemudi Jerman menjuarai Piala Dunia 1974 mengkritik aksi hambar skuad The Three Lions ketika terikat seri 1-1 dengan Amerika Syarikat (AS) pada perlawanan peringkat Kumpulan C, awal pagi Ahad lalu.

Melihat kepada strategi kelab Liga Perdana Inggeris yang lebih cenderung mendapatkan khidmat pemain import, Beckenbauer percaya tiada apa yang mampu dilakukan Capello untuk mengubah corak permainan skuad The Three Lions itu.

"Apa yang saya lihat, prestasi England ketika menentang AS masih belum setanding dengan pasukan terkemuka dunia. Ia mengingatkan saya kepada persembahan England sebelum ini.

"Saya tidak pasti jika pengurusnya boleh merubah corak permainan pasukan itu. Kini England dihukum kerana kekurangan pemain pelapis dan terlalu bergantung kepada pemain import pada aksi EPL," tegas Beckenbauer.

Artikel Sebelum

Artikel Lain