suria

Piala Dunia: Itali Mungkin Ambil Cossu Sebagai Pemain Ke-24

SESTRIERE (Italy): Itali mungkin mendapatkan khidmat pemain tengah Andrea Cossu dalam Piala Dunia sebagai pemain ke-24 sekiranya kecederaan lutut Mauro Camoranesi tidak sembuh, kata jurulatih Marcello Lippi pada Rabu lalu.

Camoranesi disenaraipendekkan dalam senarai 23 pemain ke peringkat akhir Piala Dunia, Selasa lalu.

Bagaimanapun dia boleh digantikan sebelum perlawanan pertama Piala Dunia yang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai ini.

"Saya boleh membawa pemain ke-24 ke Afrika Selatan.

"Dalam tempoh beberapa hari lagi, kita akan dapat menilai keadaan Camoranesi," Lippi memberitahu pemberita.

Jurulatih Itali itu membayangkan dia mungkin menyerapkan Andrea Cossu ke dalam skuad ke Afrika Selatan. - REUTERS

Artikel Lain