Penembak Wanita Terengganu Galas Cabaran Raih Emas - Sukan | mStar

Penembak Wanita Terengganu Galas Cabaran Raih Emas

KUALA TERENGGANU: Skuad menembak Terengganu meletakkan harapan tinggi kepada penembak wanitanya untuk meraih emas bagi pasukan itu pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka yang bermula 10 Jun ini.

Pengurus pasukan Naziran Harun berkata harapan itu berlandaskan saingan penembak wanita yang dilihat tidak sesengit berbanding kategori lelaki.

"Sungguhpun begitu, peluang peserta lelaki untuk memenangi pingat emas juga cerah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini hari ini.

Naziran berkata pada temasya kali ini Terengganu mensasarkan empat pingat emas berbanding hanya dua semasa Sukma lepas yang diperolehi melalui acara 'Air Rifle' berpasukan wanita dan '25 meter Sport Pistol' individu wanita.

Edisi kali ini Terengganu mensasarkan pingat emas melalui acara '22m Sport Pistol' wanita berpasukan, 'Air Rifle 10m' wanita berpasukan, '25m Sport Air Pistol' lelaki berpasukan dan '50m Rifle Prone tiga posisi' individu wanita.

Beliau berkata Terengganu menyertai kesemua 13 acara menembak yang menawarkan 26 pingat emas pada Sukma kali ini.

Naziran berkata skuad negeri dianggotai 18 atlet lelaki dan lapan atlet perempuan, dan kebanyakan adalah atlet Sukma 2008.

Sebagai persediaan pasukan Terengganu turut menyertai beberapa kejohanan seperti Terbuka Selangor dan Piala Tun Haniff.

Acara menembak Sukma akan diadakan di Lapang Sasar Air Keroh, Melaka dari 12 hingga 17 Jun.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain