suria

Pengadil Malaysia Ke Piala Dunia Kunjungi Muhyiddin

PUTRAJAYA: Subkhiddin Mohd Salleh, rakyat Malaysia pertama menjadi pengadil Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan bulan depan, hari ini mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.

Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang, menemui Muhyuiddin yang juga Menteri Pelajaran, di pejabat beliau di Kementerian Pelajaran di sini, bagi melahirkan penghargaan terhadap sokongan kerajaan kepada beliau.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Subkhiddin berkata Muhyiddin memberikan nasihat supaya beliau sentiasa mengekalkan tahap kecergasan dan berusaha lebih gigih untuk membuktikan golongan pengajar juga boleh menjadi pengadil yang baik.

"Saya berasa sangat bangga kerana dapat mewakili negara dan mewakili warga pendidikan," katanya.

Artikel Lain