suria

Real Menang Tipis, Valencia Dalam Kelompok Empat Teratas

Rafael Van der Vaart meraikan gol jaringannya dengan rakan sepasukan,Jerzy Dudek (kiri) di Stadium Mediterraneo, Almeria, Sepanyol, awal pagi tadi. Foto:(AP Photo/Sergio Torres)

MADRID: Real Madrid merapatkan jurang mata dengan pendahulu La Liga, Barcelona dengan hanya tiga mata selepas menundukkan Almeria 2-1, awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Pengurus Manuel Pellegrini itu menerima tetangan hebat daripada Almeria yang membuka jaringan awal menerusi Albert Crusat pada minit ke-14 sebelum pemain sayap Real, Cristiano Ronaldo mengikat kedudukan, 13 minit kemudian.

Kedua-dua pasukan cuba memecah kebuntuan sebelum pemain tengah Real, Rafael Van der Vaart menyumbat gol kemenangan pasukan lawan pada minit ke-69.

"Kami masih ada peluang untuk menjulang trofi La Liga tetapi kami perlu memenangi semua baki perlawanan. Saya ada banyak peluang dan terlepas dua atau tiga percubaan pada babak pertama. Saya amat gembira dengan gol itu," kata Van der Vaart.

Dalam perlawanan berasingan, David Silva meledakkan dua gol untuk membantu Valencia menewaskan Athletic Bilbao 2-0 di Mestalla.

Kemenangan itu memberi laluan cerah kepada Valencia untuk melangkah ke saingan Liga Juara-juara Eropah pada musim depan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu pantas menyempurnakan lantunan tandukan Ruben Baraja dari jarak dekat, 10 minit sebelum tamat babak pertama.

Silva menyumbat gol kedua untuk Valencia selepas memanfaatkan hantaran cantik pemain sayap Joaquin.

Penyerang Athletic, Markel Susaeta mempunyai peluang untuk meletakkan pasukannya kembali dalam saingan pada minit ke-73 tetapi percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gawang Valencia, Cesar Sanchez.

Valencia kekal di tempat ketiga dan kini tujuh mata di depan penghuni tempat keempat, Mallorca.

Artikel Berikut

Artikel Lain