suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anuar Kecewa Gagal Menyerlah Di ACC

KUALA LUMPUR: Pelumba negara Anuar Manan melahirkan perasaan kecewanya kerana gagal meraih sebarang pingat pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Emiriyiah Arab Bersatu yang berlangsung Isnin lepas.

Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dalam acara lepas beramai-ramai sejauh 162 kilometer yang dimenangi pelumba Iran, Mehdi Sohrabi.

"Perasaan kecewa itu memang ada kerana disebabkan beberapa halangan seperti angin kuat dan ribut pasir yang mempengaruhi corak kayuhan serta membataskan jarak penglihatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anuar berkata, ia merupakan pengalaman pertamanya berlumba dalam keadaan sedemikian.

Pelumba berusia 24 tahun itu sebelum ini disasarkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia untuk meraih pingat dalam kejohanan tersebut setelah mempamerkan aksi cemerlang pada LTdL bulan lepas apabila muncul pelumba pertama Malaysia memenangi satu peringkat perlumbaan selain memenangi jersi 'Raja Pecut'.

Anuar berkata, bahawa selepas ini beliau akan kembali bersama-sama pasukannya dari Korea Selatan, Geumsan Ginseng Asia, untuk menyertai Tour of Korea yang bermula Khamis depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain