suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CHELSEA 1 BOLTON 0 ; LALUAN MAKIN SUKAR BUAT UNITED

KEMENANGAN Chelsea ke atas Bolton 1-0 dalam perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia) bukan sahaja mengukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal juara Liga Perdana Inggeris musim ini malah menjadikan laluan Manchester United semakin sukar.

Dengan baki empat perlawanan sahaja lagi, United ketinggalan empat mata di belakang Chelsea dan jika Arsenal yang akan bertemu Tottenham awal pagi ini mampu menewaskan kelab di tangga ke lima itu, bermakna pasukan Sir Alex Ferguson akan jatuh ditangga ketiga.

Ini akan menjadikan nasib United bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

United bakal mengharungi empat perlawanan yang sukar bermula dengan pertemuan menentang kelab sekampung, Manchester City Sabtu ini diikuti Tottenham (24 Apr), Sunderland (1 Mei) dan Stoke City (9 Mei).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain