suria

MYA rancang beli dua bot untuk hadapi Sukan Asia dan Olimpik

LANGKAWI: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) merancang untuk memohon peruntukan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membeli dua bot "Elliot 6" yang berharga RM100,000 tiap satu.

Pengurus Besarnya Mohd Afendy Abdullah berkata bot itu akan digunakan untuk melatih skuad pelayar negara bagi acara Match Racing, sebagai persiapan dalam menghadapi cabaran Sukan Asia 2010 di China, dan Sukan Olimpik 2012 serta 2016.

Beliau berkata selain itu MYA juga merancang untuk membeli dua bot khusus bagi acara International 420, yang berharga RM45,000 setiap satu.

Sementara itu 40 pelayar dari seluruh negara menamatkan penyertaan kem pemilihan pelayaran bagi kelas Laser 4.7, Byte C2 dan Wind Furfing selama seminggu di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan yang berakhir hari ini.

Mohd Afendy berkata kem itu diadakan bagi memilih lapan pelayar lagi untuk diserap kedalam skuad pelapis kebangsaan yang sedang membuat persiapan bagi menghadapi Sukan Asia 2010 di China. BERNAMA

Artikel Lain