suria

Nicol siap sedia rangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kali kelima

PETALING JAYA: Ratu squasy Malaysia Datuk Nicol Ann David berada di laluan yang tepat untuk mengekalkan kejuaraannya di Terbuka Malaysia buat kali kelima.

Di perlawanan separuh akhir malam tadi, Nicol menumpaskan pemain nombor tiga dunia Natalie Grinham, Belanda untuk mara ke peringkat akhir Kejohanan Squasy Terbuka Malaysia CIMB 2009 di The Curve shopping mall di Mutiara Damansara.

Beliau memenangi separuh akhir dalam straight set 11-6, 15-13 dan 12-10 dalam masa 46 minit.

"Saya tahu perlawanan akan sukar. Tidak syak Natalie bermain dengan begitu baik. Saya tahu saya terpaksa mengawal permainan hingga ke penghujung. Set kedua amat penting dan saya tahu saya perlu menang agar saya dapat kembali semula kepada rentak saya," Nicol memberitahu pemberita selepas perlawanan itu.

Mengenai kemunculannya buat kali ketujuh berturutturut di peringkat akhir wanita Terbuka Malaysia esok, Nicol akan berdepan dengan pemain England, Alison Waters.

Alison, sebelum itu berjaya membalas dendam terhadap Rachel, kakak kepada Natalie dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. Beliau tewas kepada Rachael,30, pada suku akhir di Terbuka Kuala Lumpur Mac lepas. "Nicol adalah pemain yang cukup handal untuk ditentang, apa lagi dengan sokongan penonton tuan rumah untuknya. Saya perlu bermain dengan baik," kata Alison bila ditanya tentang perlawanannya menentang Nicol.

Pada separuh akhir hari ini, Alison menumpaskan Rachael 30 dengan 11-1, 11-4 dan 11-4 dalam masa 44 minit.

Dalam kategori lelaki, pilihan utama kejohanan dan pemain no. 4 dunia, Amr Shabana, Mesir akan berdepan dengan pemain no.5 dunia, Nick Matthew, England di peringkat akhir hari ini.

Shabana mengalahkan rakan senegara Nick, James Willstrop dengan mata 11-3, 11-4, 12-14 dan 11-9 dalam masa 59 minit pada separuh akhir.

Sebelum itu, Nick pemain pilihan kedua kejohanan, menumpaskan Wael El Hindi, Mesir dengan 11-6, 11-5, 9-11 dan 11-8 untuk menempah tempat di peringkat akhir.

Perlawanan Peringkat Akhir hari ini: Lelaki:

[1] Amr Shabana (MES) lwn [2] Nick Matthew (ENG) 3 ptg

Wanita:

[1] Nicol Ann David (MAS) lwn [4] Alison Waters (ENG) 4 ptg BERNAMA

Artikel Lain