suria

Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk saksi Piala Dunia di Afrika Selatan

KUALA LUMPUR: Rakat Malaysia tidak memerlukan visa untuk menyaksikan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sekiranya mereka berada di negara itu kurang daripada 30 hari, kata Penasihat Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan di Malaysia, Andre Vande Venter.

Beliau berkata negaranya telah mengenal pasti beberapa negara termasuk Malaysia untuk menerima kemudahan itu ekoran hubungan perkongsian strategik dan perniagaan yang wujud dengan negara berkenaan.

"Perkara ini telah terjalin sejak sekian lama dan ia tidak ada kena mengenai dengan kejohanan Piala Dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan mengenai persiapan Afrika Selatan menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2010, yang diadakan dengan kerjasama Kelab Rotari Lembah Pantai di sini semalam.

Mengenai persiapan negaranya, beliau berkata semua infrastruktur termasuk stadium siap sebelum jadual dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Bagi aspek keselamatan, katanya lebih 41,000 anggota polis akan berkawal di kesemua lapan bandar raya yang akan menjadi tuan rumah perlawanan.

Negara peserta turut dibenarkan membawa anggota polis dan keselamatan mereka sendiri.

Kejohanan akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai. BERNAMA

Artikel Lain