suria

Tiga acara bermula sebelum upacara pembukaan Sukan Sea Laos

KUALA LUMPUR: Tiga acara sukan pada Sukan SEA ke25 di Laos dijangka bermula sebelum upacara pembukaan yang akan diadakan di Vientiane mulai 9 hingga 18 Disember.

Laman web rasmi Sukan SEA ke25 itu berkata acara itu adalah pertandingan bola sepak lelaki yang akan bermula 3 Disember diikuti polo air (5 Dis), bola sepak wanita (6 Dis) dan sepak takraw (8 Dis).

Upacara pembukaan sukan itu akan diadakan pada 9 Disember manakala majlis penutup pada 18 Disember.

Semakan Bernama pada beberapa laman berkaitan bagi Sukan SEA ke25 itu menunjukkan pingat emas pertama dari Vientiane dijangka pada 9 Disember yang menawarkan lapan pingat emas melalui polo air (satu), sepaktakraw (dua) dan taekwondo (lima).

Di antara majlis pembukaan dan penutup, hari yang paling sibuk adalah pada 13 dan 14 Disember yang masingmasing menawarkan 50 pingat emas manakala hari terakhir sebelum majlis penutup menawarkan 69 pingat emas.

Menurut laman web itu, walaupun tarikh pertandingan bagi setiap acara sukan telah dijadualkan, jumlah sebenar delegasi dan atlet dari negara peserta masih belum diketahi pada peringkat ini.

Memetik kenyataan Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pertandingan dan Teknikal Technical Sukan SEA Laos (Loasoc), Kasem Inthara yang berkata bahawa negara peserta perlu memaklumkan penganjur mengenai namanama anggota delegasi mereka menjelang pertengahan Julai.

"Pada masa ini, kami sedang bersiap untuk menghantar borang penyertaan kepada semua negara peserta dalam minggu ini," katanya. Borangborang yang telah diisi mesti diterima oleh Loasoc pada 15 Julai, katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Datuk Sieh Kok Chi melahirkan kebimbangan mengenai kelambatan Loasoc dalam menyediakan keperluan teknikal berhubung sukan itu.

Sambil menyebut satu contoh, Sieh berkata Loasoc perlu memberi tarikh muktamad untuk kemasukan menggunakan nombor sekurangkurangnya sembilan bulan sebelum sukan itu dan kemasukan menggunakan nama perlu dibuat sebulan sebelum upacara pembukaan.

Sukan SEA Laos akan mempertanding acara olahraga, memanah, akuatik, badminton, biliad & snuker, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, sepak takraw, menembak, ping pong, taekwondo, tenis, bola tampar, gusti, angkat berat, wushu, muay thai, petanque, silat, timang bulu ayam dan renang sirip. BERNAMA

Artikel Lain