suria

[V] Datuk Red contoh lelaki rendah diri, datang ke mahkamah hanya naik kapcai

NAMA Datuk Red, bukanlah asing kepada penggemar dunia hiburan tempatan selepas beliau membuat keputusan memperisterikan penyanyi Adira sebagai suri hati kedua dalam hidupnya.

Memiliki dua orang isteri bukanlah mudah sepeti disangka kerana banyak cabaran yang perlu ditempuh apatah lagi salah sorang isteri itu ialah selebriti ternama yang sering menjadi tumpuan masyaralkat sekeliling.

Namun, ujian dalam rumah tangga tidak bernokhtah dalam rumah tangga Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu apabila kedua-dua isterinya itu ingin menuntut cerai.

Amat mengejutkan kedua-dua wanita itu seolah-olah membayangkann sudah tidak mampu untuk hidup bersama lagi dengan suami mereka itu.

DAtuk Red 2 Isteri

Besar dugaan... Kedua-dua isteri Adnan memfailkan cerai terhadapnya.

Datuk Red sebenarnya seorang yang merendah diri. Kehadirannya yang bersederhana semasa proses prosiding keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang Selangor pada Selasa menarik perhatian pihak media.

Beliau muncul dengan baju kemeja berwarna merah jambu bersama peguam Muhammad Akmal Azman tetap melemparkan senyuman serta menyapa para rakan media yang hadir di mahkamah berkenaan sebelum perbicaraan bermula.

Walaupun memiliki gelaran Datuk Seri, beliau amat bersahaja. Hadir ke mahkamah menaiki motosikal kapcai Honda EX5 berwarna kelabu dan berselipar sahaja. Tak perlu hendak menunjuk-nujuk kemewahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red reda jika cerai dengan Adira, anggap balasan dosa lalu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red akur banyak salah faham dalam rumah tangga, masih sayang dua isteri... Mereka tak berpakat fail cerai

Malah, beliau juga faham akan peranan media yang menanti untuk mendapatkan kenyataan lalu memberi kerjasama yang baik apabila diajukan soalan.

Tidak seperti Adira yang terus mengunci mulut, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hal rumah tangganya.

Melihat kepada wajah Datuk Red, menampakkan seolah-olah terdapat 1,001 macam masalah yang melanda jiwanya dan ia tidak dapat ditutup lagi dengan senyuman manisnya itu.

Beliau juga mengaku, reda dengan setiap yang berlaku dalam keretakkan rumahtangganya apabila kedua-dua isterinya sekali gus membuat permohonan cerai kepadanya selain menganggap ia berpunca daripada kesilapan lalu.

Datuk Red 2

Adnan reda dengan dugaan melanda rumah tangganya ketika ini.

"Saya cuba selamatkan sebaik mungkin untuk kedua-duanya tapi ini bukan dugaan tapi balasan atas apa yang saya lakukan sebelum ini," kata Datuk Red kepada mStar.

Sementara itu Adira yang hadir mengenakan baju berwarna putih kelihatan sangat tenang dan ceria ketika memasuki perkarangan mahkamah dan memberitahu tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dengan suami.

Adira hadir ditemani peguam bagaimanapun enggan memberikan ulasan mengenai prosiding berlangsung sebaliknya berharap semuanya dipercepatkan serta dipermudahkan.

Perkara ini amat mengejutkan Datuk Red apabila dalam sekelip mata bakal kehilangan dua orang isterinya tetapi sebagai lelaki bermaruah yang masih sayangkan rumah tangga dibina, niat hatinya tidak mahu berpisah sebaliknya ingin menyelamatkan perkahwinannya.

Adira Red

Adnan masih berharap hubungannya dengan Adira dapat kembali pulih.

Keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai antara pihaknya dengan Adira masih tidak berjaya mencapai keputusan positif sehingga mahkamah terpaksa melanjutkan kepada proses Hakam pada 24 April Depan.

Selain prosiding itu, dalam bulan yang sama beliau bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi proses serupa dengan isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim yang dipanggil Datin Red pada 18 March ini.

Hasil perkahwinan dengan dua isteri, Datuk Red memilik lima cahaya mata dengan isteri pertama manakala empat orang anak dengan Adira iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain