suria

Fizi Ali positif kes hadanah selesai secara baik, mahu Ameena dapat kasih sayang sama rata

Fizi (kiri) mahu keputusan terbaik dalam isu hak penjagaan anak bersama Shakilla.

PENYAMPAI radio Fizi Ali berharap kes tuntutan hadanah difailkan terhadap bekas isteri Shakilla Khoriri dapat diselesaikan secara baik pada prosiding pagi Khamis.

Jelas Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, ini kerana dia mahu anak perempuan mereka iaitu Ameena mendapat kasih sayang penuh daripada dia dan Shakilla.

“Saya memang sangat positif ia akan selesai. Kalau boleh saya nak selesai hari ini tentang apa kami minta.

fizi ali 2

Fizi mahu isu hak penjagaan anak dapat diselesaikan.

“Seboleh-bolehnya, tolonglah hari ini. Saya cuma nak hak untuk Ameena dapatkan kasih sayang mak dan ayah,” katanya kepada mStar.

Fizi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, bagi sebutan kes tuntutan hadanah terhadap Shakilla.

Fizi hadir di mahkamah bersama isterinya, Siti Zulaikha dan peguam iaitu Nur Husniah Husin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Depan netizen acah-acah suci” - Fizi Ali hilang sabar, dakwa Shakilla Khoriri ada hubungan lelaki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jalan penyelesaian, Fizi Ali bawa isu anak ke mahkamah... “Saya harap dia datang selesaikan perkara ini”

Jelas Fizi, ia amat memberi kepuasan kepadanya sekiranya perkara itu dapat diselesaikan.

“Saya rasa satu kelegaan yang sangat-sangat kalau dapat selesaikan tapi kita tengok keputusan mahkamah macam mana,” ujarnya.

Sementara itu, Shakilla ketika ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan dan hanya mengadu tidak mendapat tidur yang cukup.

shakilla 2

Shakilla bersama anaknya Ameena.

“Saya okay, cuma tak cukup tidur,” ujarnya.

Pada 15 Disember lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.

Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain