suria

[V] Selepas 3 bulan terpisah, Fizi Ali akhirnya dapat jumpa anak 4 hari

SELEPAS hampir tiga bulan terpisah, penyampai radio Fizi Ali menitiskan air mata kegembiraan apabila bakal disatukan kembali dengan anak perempuannya pada 1 Mac ini.

Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, berkata, dia bakal menghabiskan masa bersama Ameena Sofia selama empat hari selepas mencapai persetujuan bersama bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri.

"Hari ini sebutan kes hadanah dan saya gembira dan ingin ucap terima kasih kepada peguam saya.

fizi ali 33333

Fizi tidak dapat menahan air mata berkongsi kisah anak.

"Akhirnya minggu depan saya dapat ambil Ameena selama empat hari setelah tiga bulan tidak berjumpa," katanya kepada mStar.

Fizi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, selepas sebutan kes tuntutan hadanah di dengar pada Khamis.

Dalam pada itu, Fizi memberitahu Shakilla tidak meletakkan sebarang syarat ketika bertemu dengan Ameena sepanjang tempoh berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali positif kes hadanah dapat selesai secara baik, mahu Ameena dapat kasih sayang sama rata

ARTIKEL BERKAITAN: “Depan netizen acah-acah suci” - Fizi Ali hilang sabar, dakwa Shakilla Khoriri ada hubungan lelaki lain

Kebenaran berjumpa juga adalah atas budi bicara memandangkan kes hadanah masih belum selesai.

"Perjumpaan empat hari ini adalah permintaan saya, memang tak dapat lagi nak ambil dia (sepenuhnya). Atas budi bicara peguam juga.

"Tiada syarat diletakkan bekas isteri," jelasnya.

Kami akan ke taman tema air, itu yang saya rancang

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

Tambah Fizi, walaupun tempoh diberikan hanya empat hari, dia meluahkan rasa syukur kerana sudah lama memendam rindu kepada anaknya itu.

"Terima kasih (peguam) sebab tolong saya dapatkan kembali Ameena walaupun hanya empat hari. Saya sangat bersyukur, Alhamdulillah.

"Kita tengok perjalanan kes bagaimana selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Fizi memberitahu dia merancang memohon cuti dan menghabiskan masa sepenuhnya bersama anak termasuk ke taman tema air.

fizi ali 1

Shakilla (kanan) membenarkan Fizi bertemu anak mereka.

Fizi juga akan membawa Ameena pulang ke kampung bagi bertemu dengan datuk dan neneknya yang merinduinya.

"Kami akan ke taman tema air, itu yang saya rancang. Saya tak sangka akan dapat peluang ini dan mahu bawa dia bergembira.

"Saya juga mahu bawa Ameena jumpa mak ayah. Mereka sangat rindukan Ameena walaupun tidak pernah meluahkan.

"Dekat rumah emak selalu pegang barang Ameena. Kami sangat rindu," katanya.

Sebutan kes berkenaan bakal disambung semula pada 19 Mei depan.

Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan Ameena pada 15 Disember lalu.

Tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya ingin anak perempuan mereka mendapat kasih sayang sempurna.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain