suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Depan netizen acah-acah suci” - Fizi Ali hilang sabar, dakwa Shakilla Khoriri ada hubungan lelaki lain

Kemelut antara Shakilla dan Fizi nampaknya masih belum berakhir.

KEMELUT antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla Khoriri bagaikan tiada kesudahan dan terus berlarutan sehingga kini.

Bengang tidak dapat berjumpa anak mereka, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, kali ini membuat pendedahan mendakwa Shakilla ada hubungan dengan lelaki.

"Bapa dia kau elakkan jumpa. Kekasih kau bawa jumpa. Siap pimpin tangan anak.

Fizi sudah mula hilang sabar.

Fizi seperti sudah hilang sabar dengan tindakan Shakilla.

"Kau claim hidup single sorang-sorang? Dari sebelum berpisah kau tak pernah single la.

"Ini sebenarnya yang kau nak kan?" katanya.

Fizi menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jalan penyelesaian, Fizi Ali bawa isu anak ke mahkamah... "Saya harap dia datang selesaikan perkara ini"

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh curang terhadap bekas isteri dan bapa tak bertanggungjawab, ini jawapan Fizi Ali

Malah menurutnya lagi, individu yang dikatakan sebagai orang ketiga itu diterima baik dalam keluarga Shakilla.

"Depan netizen acah-acah suci, hidup seorang besarkan anak. Lepas itu nafikan semua benda.

"Keluarga dia siap terima penyondol itu. Kifarah ada, tak kena pada diri sendiri tapi kena pada ahli keluarga," ujarnya.

Fizi sudah lama tidak berjumpa Ameena.

Fizi sudah lama tidak berjumpa Ameena.

Untuk rekod Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia