suria

Tiada jalan penyelesaian, Fizi Ali bawa isu anak ke mahkamah… “Saya harap dia datang selesaikan perkara ini”

Fizi membawa tuntutan hak penjagaan anak kepada mahkamah.

ENGGAN memanjangkan isu dengan bekas isteri iaitu Shakilla Khoriri membabitkan urusan penjagaan anak, penyampai radio Fizi Ali nekad membawa perkara ini ke mahkamah.

Menurut Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, dia tidak menemui jalan penyelesaian dan memilih menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofia.

"Saya sudah bawa kes ini untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti.

Fizi mohon Shakilla hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kemelut mereka.

Fizi mohon Shakilla hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kemelut mereka.

"Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini," ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Fizi mengakui nombor telefonnya telah disekat oleh Shakilla menyebabkan sukar untuk mereka berkomunikasi sehingga terpaksa menyerahkan segala urusan kepada peguam.

Malah Fizi berkata dia terpaksa mendedahkan kemelut berhubung isu ini menerusi media sosial kerana sukar untuk berkomunikasi dengan bekas isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu Ameena sampai terbawa-bawa dalam mimpi, Fizi Ali hanya mampu doa dipertemukan semula dengan anak

ARTIKEL BERKAITAN: "Niat awak untuk pisahkan kami ke?"... Fizi Ali bengang netizen DM isteri, siap ingatkan momen 'sweet' awal kahwin saja

"Ya memang dia block nombor telefon saya jadi saya berhubung dengannya melalui peguam tapi itulah tidak dapat sebarang maklum balas.

"Tujuan saya muat naik hantaran di media sosial ini juga kerana ingin mengingatkan dia untuk datang ke mahkamah untuk selesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan.

Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

"Saya dah cuba cara undang-undang untuk peguam saya berhubung dengannya tetapi tiada respon," ujarnya.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Fizi terlalu merindui anaknya, Ameena.

Fizi terlalu merindui anaknya, Ameena.

Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

Pada Jumaat lalu, penyampai radio berkenaan memuat naik hantaran di Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain