suria

Rindu Ameena sampai terbawa-bawa dalam mimpi, Fizi Ali hanya mampu doa dipertemukan semula dengan anak 

Fizi Ali rindu akan Ameena sehingga terbawa dalam mimpinya.

LUAHAN sedih penyampai radio Fizi Ali yang merindui anak perempuannya iaitu Ameena Sofia mengundang rasa kasihan dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Perkara itu juga membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai keberadaan Ameena memandangkan Fizi memberi bayangan seolah-olah sudah lama tidak bersua muka dengan anak kesayangannya itu.

Ditanya kali terakhir bertemu dengan Ameena, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya menjelaskan sekarang bukan masa sesuai bercakap mengenainya.

Fizi 2 (1)

Fizi harap urusannya untuk bertemu Ameena dipermudahkan.

"Saya tidak boleh cerita banyak. Sekarang ini bukan masa sesuai untuk cakap (berkenaan kali terakhir bertemu Ameena).

"Saya tidak boleh beritahu perkara itu. Sampai masa saya akan maklumkan," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fizi memohon orang ramai mendoakan agar urusan dan hajatnya kembali bersatu dengan Ameena dipercepat dan permudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Daddy tak tahu awak dekat mana sekarang” - Fizi Ali sedih datang majlis graduasi tapi anak tak muncul

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha jejak anak gagal, Shakilla Khoriri tak jawab telefon... Fizi Ali mahu bawa kes ke mahkamah syariah

"Saya minta semua supaya doakan urusan saya dipermudahkan dan saya dapat bertemu anak dengan segera," katanya.

Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Bukan hanya dia, isteri baharunya iaitu Siti Zulaikha turut merasakan perkara sama.

Doakan urusan saya dipermudah dan saya dapat bertemu anak dengan segera.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

"Sudah beberapa malam kami asyik mimpi fasal awak (Ameena). Mungkin rindu yang teramat sangat.

"Daddy tahu awak pun rasa yang sama. Tidak apa, hari Jumaat ini kita minta sahabat doakan supaya urusan dipermudahkan. Sikit lagi kita akan jumpa balik," ujarnya.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Fizi 1 (1)

Fizi dan Siti Zulaikha mahu berjumpa kembali dengan Ameena.

Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

Untuk rekod Fizi dan Shakilla Khoriri bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian padan Disember 2021.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain