suria

Meerqeen anggap Mimi Lana sahabat, tak tergamak buat perbuatan terkutuk... jawab tuduhan cium dalam kelab malam

Meerqeen menafikan dakwaan dia bercium dengan Mimi Lana.

PELAKON Meerqeen tampil menjawab tuduhan mendakwa dia bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang hangat menjadi bualan sebelum ini.

Kata Meerqeen Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, dia tidak mungkin melakukan perkara sedemikian terhadap seseorang yang sudah dianggap sebagai kawan.

"Tak mungkin saya akan buat perkara itu. Saya dan dia kawan. Ketika cerita itu timbul saya tidak ada di Kuala Lumpur kerana terlibat dalam penggambaran.

WhatsApp Image 2023-11-29 at 4.57.56 PM

Meerqeen ketika ditemui media.

"Ia tidak berlaku langsung. Saya pun terkejut apabila terbaca mengenai hal itu,” katanya kepada mStar.

Meerqeen ditemui ketika majlis pra pelancaran filem lakonan terbaharu lakonannnya berjudul Klepet yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu.

Dalam pada itu, Meerqeen turut menafikan dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan antara Mimi dan pelakon Syafiq Kyle.

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir bakal masuk neraka membisu isu Palestin, hanya antara Allah sudah memadai - Meerqeen

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak bapak aku kau jangan main” - Meerqeen hilang sabar netizen kait ibu bapa, tak perlu canang usaha bantu Palestin

Malah dia juga sudah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan keadaan sebenar.

"Kami dalam lingkungan sahabat yang sama. Tak mungkin saya buat perkara sebegitu. Saya dan Mimi hanya rakan sahaja.

"Saya juga telah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara sebenar," tegasnya.

Saya pun terkejut apabila terbaca mengenai hal itu.

MEERQEEN

PELAKON

Sementara itu, aktor ini juga mengakui lebih selesa mengambil langkah berdiam diri apabila mengetahui perkara ini menjadi tular di media sosial.

Malah, dia menyedari kehidupan sebagai seorang artis sering menjadi perhatian dan dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

"Semakin lama kita dalam industri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan kita.

Meerqeen 1 (1)

Meerqeen lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada bersuara.

"Kenapa saya perlu jawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat," jelasnya.

Sebelum ini timbul dakwaan dua orang selebriti bercium di sebuah kelab malam dan nama Meerqeen disebut-sebut sebagai pihak yang terlibat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang