suria

Lepas dan bebas 3 tuduhan dadah, tapi Yasin Sulaiman kena masuk Hospital Bahagia

Yasin ketika ditemui media.

PENYANYI dan komposer, Yasin Sulaiman akhirnya mampu menarik nafas lega selepas dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas tiga tuduhan kes dadah pada Rabu.

Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun mengarahkan Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Dalam prosiding sebelum ini, saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony mencadangkan agar Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.

Yasin 1

Yasin bebas dan dilepaskan.

Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Yasin menunjukkan pesakitnya berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.

Pada 6 Julai tahun lalu, Yasin terselamat apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman sempat gubah 13 lagu dalam tahanan penjara, sudah fikir calon penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman berdepan hukuman sebat, penjara didapati bersalah pertuduhan berkaitan dadah

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain