suria

“Duit punya fasal, tertipu lagi akhirnya”... Abby Abadi masuk perangkap ‘scammer’, rugi RM18,500

Abby membuat laporan selepas mula rasa ragu terhadap skim pelaburan yang disertai.

PELAKON Abby Abadi tampil membuat laporan polis selepas ditipu oleh skim pelaburan atas talian.

Mengakui ia berlaku atas kecuaian diri sendiri, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, mendedahkan kejadian itu menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM18,500.

"Baran dah datang. Memang rasa sangat lebur duit aku dengan geng scammer ni. Baru tengah hari tadi (Rabu) ke balai polis buat laporan. Melampau sangat scammer berleluasa sekarang.

abby 2

Antara paparan perbualan yang dikongsi Abby.

"Doakan saya dapat semula duit. Pernat kerja. Kecuaian diri sendiri, harap tak lebur (duit) begitu sahaja," katanya.

Abby menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada petang Rabu.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi laporon polis yang dibuat di Balai Polis Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi pernah jumpa wanita dakwa anak perosak rumah tangga, perjelas kenyataan junjung al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi minta komen dulu, akan tampil jawab isu tular dipercayai ada kaitan anak gadisnya

Menurut Abby, dia pada awalnya sekadar menyertai kumpulan pelaburan tersebut dan hanya memerhati perbualan ahli sebelum yakin melakukan transaksi berjumlah RM4,000 sebagai pulangan.

Bagaimanapun pihak terbabit turut meminta wang berjumlah RM14,500 yang dikatakan kos untuk pelaburan.

"Dipendekkan cerita lepas letak RM4,000 katanya tak perlu buat apa-apa, tetapi rupa-rupanya kena bayar lagi RM14,500 untuk kos seterusnya.

Kecuaian diri sendiri, harap tak lebur (duit) begitu sahaja

ABBY ABADI

PELAKON

"Dah rasa macam kena scam, tetapi duit punya fasal dan mereka punya sembang bukan main lagi. Tertipu lagi akhirnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Abby turut memuat naik tangkap layar bersama individu daripada kumpulan pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan sebanyak RM14,500 selepas tiga jam membuat transaksi pertama.

Abby bagaimanapun bertindak membuat laporan polis selepas pihak terbabit meminta dia melakukan transaksi kali ketiga berjumlah RM29,770 untuk urusan pemindahan wang daripada bank.

abby 3

Abby serik ditipu skim pelaburan.

"Inilah bahana kalau tidak pernah merasa cukup. Walau nampak macam tipu tetapi terfikir betapa mudah dapat pulangan secepat itu.

"Terfikir-fikir untuk melabur... terjebak juga akhirnya. Nampak macam pelik tetapi kalah juga dengan permainan mereka," ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang