suria

Syamsul minta henti salahkan Sharnaaz dan Beto, ambil tanggungjawab penyingkiran Aaron Aziz

Sharnaaz (kanan) turut terkena tempias isu antara Syamsul dan Aaron.

SUSULAN isu pelakon Datuk Aaron Aziz digugurkan dari The Original Gangster (OG), pengarahnya memohon agar tidak menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain terlibat dalam filem berkenaan.

Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata, keputusan yang dibuat adalah pendirian sendiri selain hasil perbincangan dengan penerbit filem berkenaan.

syamsul1111 - 1

Syamsul mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Syamsul, 39, turut meminta tidak meletakkan kesalahan itu kepada dua pelakonnya iaitu Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy yang turut terkena tempias ekoran kontroversi tersebut.

“Dalam isu Aaron digugurkan sebagai pelakon filem OG, tidak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz dan Beto.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau cakap pergi cucuk! Aku pergi cucuk” – Aaron Aziz dedah terpaksa ambil suntikan demi puaskan hati Syamsul

“Keputusan menggugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini. Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon,” katanya.

Syamsul menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory milikya pada Sabtu.

Dia dalam masa sama memohon agar isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan dan mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala yang telah terjadi.

aaron 22

Aaron turut membuat pendedahan sudah melakukan persiapan awal sebelum masuk ke lokasi OG.

“Saya bertanggungjawab atas semua ini. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini,” ujarnya.

Isu di antara Aaron dan Syamsul mula mendapat perhatian apabila pelakon asal Singapura itu mendedahkan namanya disingkirkan dari barisan pelakon filem berkenaan meskipun sudah menerima skrip dan menjalani latihan.

Syamsul bagaimanapun mendedahkan punca Aaron disingkirkan adalah kerana faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan dialami pelakon itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain