suria

Aaron Aziz tutup buku kontroversi, isteri larang semuka dengan Syamsul

Isteri Aaron turut terkesan dengan kontroversi filem The Original Gangster.

KEMELUT yang tercetus di antara Datuk Aaron Aziz d an pengarah Syamsul Yusof turut memberi kesan kepada isteri pelakon berkenaan iaitu Datin Diyana Halik yang juga merupakan pengurusnya.

Aaron, 47, berkata, kontroversi yang berlaku sudah keterlaluan sehingga menyebabkan Diyana melarangnya bertemu dengan Syamsul.

"Saya tak nak komen apa lagi. Apabila anak bongsu dan isteri saya naik bilik menangis, itu sudah maksimum.

aaron 333

Aaron berkongsi perbualan dengan isteri yang menghalang dia bertemu Syamsul.

"Kalau isteri cakap 'no' masih boleh bincang, tapi bila dia kata 'I forbid you' dah level lain," katanya.

Aaron menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Pelakon itu turut memuat naik tangkap layar perbualan bersama Diyana yang mengakui terkesan berdepan dengan kontroversi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul minta henti salahkan Sharnaaz dan Beto, ambil tanggungjawab penyingkiran Aaron Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster

Menerusi mesej berkenaan, Diyana meminta Aaron agar tidak bertemu dengan Syamsul serta tidak lagi bercakap tentang hal tersebut kerana ia boleh mengganggu kesihatan mentalnya.

"Saya bekerja keras untuk keluarga dan kesihatan mental mereka sangat penting. Rezeki saya bukan di tangan manusia.

Kalau isteri cakap 'no' masih boleh bincang, tapi bila dia kata 'I forbid you' dah level lain

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

"Saya tumpang rezeki dari anak-anak dan isteri. Jadi mereka adalah keutamaan saya," ujarnya.

Isu di antara Aaron dan Syamsul mula mendapat perhatian apabila pelakon asal Singapura itu mendedahkan namanya disingkirkan dari barisan pelakon filem berkenaan meskipun sudah menerima skrip dan menjalani latihan.

aaron 1

Aaron dan Syamsul sama-sama memohon agar isu antara mereka dihentikan.

Syamsul bagaimanapun mendedahkan punca Aaron disingkirkan adalah kerana faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan dialami pelakon itu.

Aaron dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa Syamsul beberapa kali datang ke rumahnya bagi membincangkan mengenai tawaran lakonan dan sedia maklum tentang tahap kesihatan dialami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain