suria

[V] Yasin Sulaiman minta Ameng buat rujukan sebelum bantah cadangan kaji akta dadah… “Fikir dulu barulah nampak bijak”

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman meminta rakannya Ameng mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membantah cadangan agar kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula.

Menurut Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, Ameng sepatutnya membuat kajian dan berfikir secara mendalam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

"Bila saya dengar apa yang Ameng cakap saya pasti dia ignorant (kurang pengetahuan) mengenai kes yang dihadapinya dulu yang dia tidak tahu.

"Fikir sebelum ditemubual dan buatlah kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan tidak wajar atau sebagainya.

"Jadi bila bercakap tu barulah nampak bijak sikit, saya dengan Ameng memang tiada apa-apa dan selalu dengar lagu dia... tapi bila dia cerita mengenai perubatan memang tak boleh nak dengar sebab dia tak tahu apa-apa," kata Yasin kepada mStar.

yasin 1

Yasin kurang senang kenyataan Ameng.

Yasin berkata demikian ketika ditemui selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam prosiding yang berlangsung, mahkamah menolak keputusan representasi dan menetapkan semula sebutan kes pada 20 Febuari nanti.

Sebelum ini, Ameng, 54, berpandangan permintaan Yasin supaya kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula adalah tidak wajar kerana ganja juga tergolong dalam kategori dadah mengkhayalkan dan bukannya ubat.

Ameng yang pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan dadah pada tahun 2011 berkata tindakan melonggarkan hukuman sedia ada hanya akan menambahkan jumlah jenayah dan penagih dadah dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung, bebas tuduhan mengedar dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman ucap tahniah kepada Anwar, minta kaji undang-undang lapuk mengenai dadah

Sementara itu, penyanyi lagu Mimpi Laila ini memberitahu dia tidak akan berputus asa untuk membuat representasi kali kedua dan akan menulis surat rayuan itu sendiri.

"Representasi pertama ditulis oleh peguam tapi untuk kedua ini saya sendiri akan tulis.

"Saya akan terus usaha sebab saya percaya pada keajaiban dan percaya takdir tuhan, bila tuhan cakap 'Kun Fayakun' pasti akan berlaku.

"Yang paling penting saya gembira sebab isu kanabis ini sedang dibincangkan secara meluas. Saya pasti 30 tahun akan datang kanabis dalam perubatan pasti dibolehkan," katanya

Yang paling penting saya gembira sebab isu kanabis ini sedang dibincangkan secara meluas

YASIN SULAIMAN

PENYANYI / KOMPOSER

Pada 6 Julai 2022, Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dihadapkan dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.

ameng

Ameng bantah cadangan kaji akta dadah.

Bagi kesalahan itu, Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain