suria

“Cukuplah drama play victim”… Puteri Sarah minta Syamsul jangan putar belit cerita

Sarah minta Syamsul jangan putar belit cerita.

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya masih lagi berterusan apabila kedua-duanya saling berbalas di media sosial.

Terbaharu, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjawab kenyataan yang telah dibuat oleh Syamsul, 39, mengenai tindakan pengarah itu menyekatnya di aplikasi WhatsApp.

Menurut Sarah, Syamsul memutar belit cerita berhubung konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

sarah3 - 1

Kenyataan Sarah yang dimuat naik di Instastory.

"Twistlah cerita selagi boleh. Tak apa lah nak minta lepas pun. Jangan lepas ni twist lagi cerita pula 'Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ni saya sayang dia'," katanya.

Sarah mengulas mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul 'block' Puteri Sarah kerana kerap kena maki, susah bawa bincang... "Awak dah tak ada rasa hormat"

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak rela bermadu, minta Syamsul lepaskan... "Awak masih block saya dan tak ajak bincang"

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut meminta Syamsul untuk berhenti mencipta drama seolah-olah dia adalah mangsa keadaan.

"Cukuplah drama 'play victim' (mangsa keadaan) dan menyalahkan. Selamat malam," ujarnya.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.

Dedah pengarah itu, setiap kali berbincang mengenai isu rumah tangga mereka, Sarah akan mengeluarkan kata-kata kesat yang membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

sarah2 - 1

Sarah dan Syamsul sudah 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain