suria

Pengorbanan Puteri Sarah tidak dihargai suami… Ibu mentua sokong keputusan minta dilepaskan

Ibu mentua sokong tindakan Puteri Sarah.

PELAKON Puteri Sarah Liyana menerima sokongan ramai selepas menyatakan hasrat mahu menamatkan perkahwinannya dengan suami Syamsul Yusof.

Selain peminat dan rakan artis, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail turut dilihat memberikan sokongan terhadap apa jua keputusan yang boleh memberi kebahagiaan kepada Sarah.

Kata Patimah, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, layak mendapatkan kebahagiaan setelah sekian lama tidak dihargai oleh suaminya.

WhatsApp Image 2023-01-10 at 3.41.15 PM

Patimah mendakwa Sarah berhak untuk hidup bahagia.

Patimah turut mempersoalkan keadilan buat Sarah dan anak-anaknya kerana kebahagiaan mereka telah dirampas sehingga aktres itu terpaksa membesarkan anak sendirian.

"Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah kerana pengorbanannya langsung tidak dihargai.

"Kebahagiaannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka. Dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini?," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak rela bermadu, minta Syamsul lepaskan... "Awak masih block saya dan tak ajak bincang"

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Syamsul Yusof buat Puteri Sarah, Ira Kazar... "Moga kedua isteriku tenang dan banyakkan sabar"

Patimah menulis luahannya itu menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Sarah pada Selasa.

Sementara itu, rakan artis iaitu Lufya turut memberikan sokongan dan meminta Sarah menghentikan kemelut rumah tangga mereka dan berhak untuk hidup lebih tenang.

Kata Lufya, dia tidak mahu melihat Sarah dan anak-anaknya menjadi bahan fitnah dan berhenti melayan segala drama.

"Hentikan semua ini Sarah. Jangan layan 'drama' ini lagi. Awak dan anak-anak bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan fokus rangka masa depan anak-anak.

"Biarkan mereka dalam dunia yang sementara ini. Tak mahu lihat awak dan anak-anak jadi bahan fitnah lagi. Terima ketentuan yang telah ditakdirkan ini," ujarnya.

sarah11 - 1

Lufya turut meninggalkan komen tanda sokongan.

Terdahulu, Sarah memohon Syamsul untuk melepaskannya segera kerana dia tidak rela hidup bermadu.

Menurut Sarah, sehingga kini Syamsul masih mendiamkan diri dan tidak berbincang menyelesaikan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain