suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai sangat guna nama Ira Kazar… Isteri kedua Syamsul sahkan hanya ada satu akaun IG, lain semua palsu!

Ira Kazar jelaskan hanya ada satu akaun Instagram sahaja.

SETELAH lama mendiamkan diri sejak menjadi isteri kedua kepada pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar akhirnya kembali aktif di media sosial.

Menerusi perkongsian terbaharu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, menjelaskan mengenai kemunculan banyak akaun palsu yang menggunakan namanya.

Kata Ira, dia hanya miliki satu akaun sahaja di Instagram, manakala yang selebihnya adalah palsu.

|

Ira Kazar dan Syamsul Yusof akhirnya bergelar suami isteri.

"Selamat pagi, semua ini akaun palsu bukan milik saya. @Irakaza adalah satu-satunya akaun yang saya guna," katanya.

Perkara itu dikongsikan Ira menerusi Instastory miliknya pada Selasa yang turut memaparkan beberapa akaun palsu tertera namanya.

Sejak awal tahun lalu, nama Ira Kazar menjadi bualan orang ramai apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Syamsul Yusof buat Puteri Sarah, Ira Kazar... “Moga kedua isteriku tenang dan banyakkan sabar”

ARTIKEL BERKAITAN: “Penat kena buli”... Kazar mahu berehat, harap keadaan jadi lebih baik

Gara-gara isu itu, Ira menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah masih berlarutan sehingga kini dan kedua-duanya saling memuat naik kenyataan di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain