suria

[V] Betul-betul bengang! Baby Shima buat laporan polis, ‘naik hantu’ foto digunakan tanpa kebenaran

BENGANG nama dan foto digunakan tanpa kebenaran, penyanyi Baby Shima membuat satu laporan polis bagi mempertahankan dirinya.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, berkata tindakan itu diambil selepas pihak berkenaan berulang kali melakukan perkara sama untuk tujuan promosi sebuah program di Johor Bahru.

"Penganjur ini bukan hanya sekali guna gambar saya tapi dah tiga kali. Kali pertama dan kedua saya bagi muka tapi bila kali ketiga ini saya tidak boleh diamkan lagi sebab dah melampau.

shima1 - 1

Nama Baby Shima dimanipulasi bagi kepentingan individu lain.

"Dia dah memanipulasikan nama saya demi kepentingan sendiri sedangkan dia tidak ada pada event tersebut. Kepentingan tersebut untuk dia menjual tapak (perniagaan) dia dan mendapatkan tajaaan," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Bang Jamal ini berkata demikian ketika ditemui di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berkopiah hantar mesej lucah, Baby Shima dakwa bukan fake account - "Memang dia sebab ada hantar gambar tengah..."

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Serba tak kena! Baby Shima pelik netizen asyik cari salah... "Bila artis lain tayang aset peminat puji pula"

Tambah Shima lagi, dia juga ditawarkan sejumlah bayaran bagaimanapun tidak menerima seperti yang dijanjikan.

"Dia janji nak bayar deposit tapi setiap kali minta pihak berkenaan hanya mendiamkan diri," katanya lagi.

Jelasnya, pihak berkenaan juga belum mengetahui Shima membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Penganjur ini bukan hanya sekali guna gambar saya tapi dah tiga kali.

BABY SHIMA

PENYANYI

Bukan itu sahaja, Shima juga kesal apabila pengurusnya dituduh sebagai biadab kerana mempersoalkan mengenai perkara ini.

"Dia siap tuduh pengurus biadab. Pengurus saya cuma tanya kenapa dia muat naik lagi tapi dia terus cakap pengurus saya biadab.

"Bagi saya dia yang salah tapi salahkan pihak saya. Sampai melibatkan nama keluarga dan juga ibu bapa saya," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain