suria

Selepas kecoh video Syamsul Yusof dan Kazar seronok pilih barang kemas, ini jawab pemilik kedai emas!

Video Syamsul dan Kazar pilih barang kemas tular di media sosial.

KONTROVERSI kisah rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof bagaikan tidak berpenghujung apabila hampir setiap hari ada sahaja hal sensasi berkaitan isu hubungannya dengan isteri, Puteri Sarah.

Terbaharu, tular pula video di TikTok menunjukkan Syamsul bersama pelakon veteran, Kazar di sebuah kedai emas.

Dalam video tersebut, bapa kepada Ira Kazar itu dilihat berada di bahagian kaunter penjual melayan permintaan Syamsul untuk mendapatkan seutas gelang tangan.

Perkara tersebut lantas memicu pelbagai reaksi netizen lebih-lebih selepas Puteri Sarah menfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atas Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga menganggu hubungan rumah tangganya.

Untitled design (14)

Tangkap layar rakaman video yang tular di TikTok baru-baru ini.

mStar cuba mendapatkan reaksi pemilik kedai emas di Ipoh, Perak yang menjadi lokasi rakaman video tular antara Syamsul dan Kazar itu.

Bagaimanapun, wanita dipercayai pemilik kedai emas yang dikenali sebagai Rozita enggan mengulas lanjut mengenai rakaman video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau betul Syamsul nak kahwin lain, ini pesan ibu kepada keluarga Ira Kazar! - “Jangan ugut anak saya!”

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Syamsul dan Ira Kazar bakal kahwin dalam waktu terdekat, Yusof Haslam harap ia tidak terjadi

Menurut salah seorang kakitangan kedai dikenali sebagai Ruzaimi memaklumkan Rozita mendakwa mengetahui kehadiran sekumpulan kru produksi ke premis untuk melakukan sesi penggambaran.

"Puan Rozita memaklumkan bahawa dirinya tahu mengenai penggambaran itu di kedai.

898196

Syamsul bersama isteri dan dua anak mereka.

"Namun harap maaf beliau tidak mahu mengulas mengenai video terbabit," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Ditanya apakah tujuan video itu dirakamkan, Ruzaimi memaklumkan dia tidak mengetahui sama ada babak itu sebagai sebahagian gimik pemasaran atau sebaliknya.

"Maaf saya tidak tahu mengenai perkara itu. Saya sendiri tiada di tempat kejadian ketika penggambaran dibuat," jawabnya.

Menerusi tinjauan di akaun Instagram kedai emas berkenaan, ramai selebriti lain dilihat pernah mempromosikan barangan kemas di kedai sama antaranya pasangan selebriti Azad Jasmin dan Eira Syazira.

Sebelum itu, media melaporkan peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadar akan meneliti rakaman video tersebut untuk mengetahui sama ada wujud pelanggaran perintah interim injunksi yang dikeluarkan mahkamah pada 24 Jun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain