suria

Selepas kebas duit, PA tuduh Fify Azmi ambil barang terlarang sebelum berlakon... Teman lelaki anggap tak masuk akal!

Nafiez anggap tuduhan Nora terhadap Fify tidak berasas.

KEMELUT antara Fify Azmi dan bekas pembantu peribadinya (PA), Nora semakin hangat apabila kali ini wanita itu memuat naik status mendakwa pelakon berkenaan mengambil barang terlarang.

Kesal dengan tuduhan tersebut, teman lelaki Fify yang juga merupakan aktor iaitu Nafiez Zaidi menyifatkan apa yang ditulis Nora itu adalah fitnah dan bertujuan menakut-nakutkan kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PA buka mulut dakwaan ‘kebas’ RM15,000, duit masuk akaun sendiri sebab Fify Azmi tak pandai buat invois

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi putih mata, dakwa PA kebas duit RM15,000

"Saya tahu fasal status itu sebab ramai yang hantar pada saya. Sepanjang saya dengan Fify, dia tak pernah berdepan dengan masalah daripada segi kerja atau peribadi.

"Bagi saya, individu itu tidak sepatutnya ungkit pun kisah silam Fify. Apa yang dia buat itu tidak masuk akal... nak ugut buka aib secara personal pula.

“Mungkin dia fikir dengan ugutan itu akan buat Fify takut dan tarik laporan polis tapi Fify tak gentar dengan ugutan dia. Saya pun berpesan pada Fify supaya jangan melayan individu itu.

"Biarkan saja individu itu meroyan seorang diri," kata Nafiez kepada mStar

Nafiez Zaidi

Ramai orang menghantar paparan skrin status Nora kepada Nafiez.

Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai Nora memuat naik status berunsur ugutan yang dipercayai ditujukan kepada aktres berkenaan biarpun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Antara status yang Nora muat naik sebelum dipadam mendakwa individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan dadah untuk berlakon.

Saya tahu fasal status itu sebab ramai yang hantar pada saya.

NAFIEZ ZAIDI

PELAKON

"Nak pijak maruah aku, kau pijak sampai lunyai sekali pun aku tak kisah tapi kalau melibatkan orang tua aku, kau tunggulah.

"Nasib orang tua kau pula, macam mana lepas ni. Dapat anak hisap ganja. Kuat 'berlakon’ kalau tak kena ganja tak boleh berlakon," tulisnya.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Fify Azmi mendedahkan mengalami kerugian sebanyak RM15,000 selepas didakwa dilarikan pembantu peribadinya.

Aktres berusia 32 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, Selangor pada Isnin dan memaklumkan kes berkenaan dalam siasatan pihak berkuasa.

Nora ketika dihubungi mStar pada Rabu mengakui kesilapan kerana bersikap cuai, namun menjelaskan dia tidak menyedari pihak Skop Production sudah lama melunaskan bayaran Fify melalui akaun bank miliknya.

 Nora sudah beri penjelasan mengenai bayaran semula RM12,000 kepada Fify.

Nora sudah memberi penjelasan kepada Fify mengenai bayaran RM12,000.

Dalam pada itu, Nafiez berkata, Fify sangat kecewa dengan apa yang terjadi dan sedih apabila perkara itu melibatkan individu yang dipercayainya.

"Dalam keadaan sekarang, sudah tentu saya kena sentiasa berada dengan Fify. Keluarga dia pun dah amanahkan saya untuk menjaga Fify dengan baik.

"Saya ada ketika Fify dapat tahu tentang bayaran tersebut. Dia sangat kecewa dan tak sangka individu itu sanggup buat macam itu.

"Ikutkan Fify dah reda sekiranya duit itu tak ada dah. Tapi nak tahu juga sebenarnya dimana duit itu dan kenapa dia tergamak buat macam itu pada Fify," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain