suria

Tergamak komen lucah, suami Jasmin Hamid rayu netizen henti kaitkan kahwin lelaki muda punca kena serangan jantung

Nazmir bengang komen lucah netizen di laman sosial.

MELAMPAU! Suami kepada Jasmin Hamid iaitu Nazmir bengang dengan tindakan segelintir netizen yang menulis komen keterlaluan mengaitkan hubungan seksual mereka sebagai punca pelakon itu diserang penyakit jantung.

Nazmir atau nama sebenarnya Nazmir Abdul Rahman, 35, yang juga pengurus peribadi dramatis itu merayu netizen berhenti menulis komen berbaur lucah dan menghormati keadaan isterinya yang masih bertarung nyawa.

ARTIKEL BERKAITAN: Dagu dan lengan jadi kebas, Jasmin Hamid mengadu sakit pukul 3 pagi... Suami nafi ada kaitan Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid masuk CCU akibat serangan jantung

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri yang masih lagi di CCU kerana serangan jantung”

“Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya.

“Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya di Facebook peribadi pelakon berkenaan pada malam Khamis.

jasmin

Nazmir memuat naik paparan skrin komen netizen.

Nazmir turut memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduh perkahwinan mereka sebagai punca wanita itu diserang penyakit jantung.

“Sebab kahwin pucuk muda sampai kena heart attack, yang lelaki tu cuci kaki masuk rumah.

“Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda, kan dah masuk hospital.

“Akibat suami muda kasihan” demikian antara komen netizen.

Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya

NAZMIR

SUAMI JASMIN HAMID

Pada Rabu lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Sungai Buloh akibat serangan jantung.

Nazmir, 36, memberitahu doktor memaklumkan isterinya mengalami serangan jantung itu disebabkan faktor kolestrol dalam badan selain mempunyai sejarah keluarga dengan sakit yang sama.

Jasmin Hamid

Jasmin dan suaminya pada sambutan Aidilfitri lalu.

Dalam pada itu, Nazmir juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan isterinya.

“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian.

“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain