suria

Da’i Syed bebas tuduhan jenayah seksual... Pengadu alami kemurungan, beberapa kali cederakan diri

Syed akhirnya dilepaskan dari dua pertuduhan.

DUA tahun naik turun mahkamah, akhirnya pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal menarik nafas lega apabila dia dilepas dan dibebaskan (DNA) atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa. Demikian lapor Kosmo.

ARTKIKEL BERKAITAN: Da’i Syed menangis gara-gara tertekan kes cabul... Warna rambut sebab nak ‘move on’, tak sanggup tengok wajah dulu!

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, 27, agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

"Saya bersetuju dengan hujahan peguam bela, kes ini di DNA, Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," kata Hakim itu.

Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan.

SYED AMIRUL SYED EDROS

PEGUAM BELA

Sebelum ini, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas tanpa dibebaskan (DNNA) mengikut Seksyen 254 (2).

"Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNNA. Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’ (keinginan mati)", kata Norhashimah.

Menurut Norhashimah perintah DNA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dia tidak perlu rasa terbeban malah dia dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.

Untuk rekod, Syed Shah Iqmal atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail bedepan dengan dua pertuduhan itu sejak Oktober 2020.

Syed Iqmal

Da'i Syed pernah alami kemurungan disebabkan kes çabul.

Dalam pada itu, peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, pengadu dilihat tidak lagi berminat meneruskan kes tersebut apabila memberi alasan mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan.

Biarpun wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lalu.

"Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan," katanya.

Menurut peguam itu lagi sekiranya perintah DNNA diberikan peguam itu berkata, ia membawa maksud tertuduh masih boleh dituduh bila-bila masa dan perkara itu akan menghantui tertuduh sebagai pesalah seks.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain